network

Games Topic

Popular Games

Random Games

Translate

Followers

Selasa, 18 Desember 2012

Sejarah Kereta Kia Korsel

Kia ialah syarikat kereta paling lama di Korea Selatan dan diasaskan pada tahun 1944. Ia kemudiannya menghasilkan beberapa model Mazda (mempunyai lesen berbuat demikian), termasuklah Mazda Pride (berdasarkan Mazda 121) dan Avella, yang dijual di Amerika Utara dan Australasia sebagai Ford Festiva dan Ford Aspire. Nama "Kia" (기아, 起亞) bermaksud "terbit dari Asia" dalam Bahasa Korea.
Pada tahun 1993, ia memulakan operasi di Amerika Syarikat, dengan berfokus di California. Pengedar pada tahun 1994 menjual model Sephia, dan beberapa tahun kemudian jualan di AS berkembang dengan penjualan model Sportage. Kenderaan Kia dianggap kurang "menyengat" berbandig kenderaan pesaingnya. Dalam tahun terdekat ini Kia berusaha untuk memperbaiki lagi kualiti kenderaannya dan sekarang "ranking" Kia lebih tinggi daripada kenderaan keluaran syarikat pesaingnya (ratingnya hanyalah kurang sedikit daripada General Motors, Ford, Chrysler pada tahun 2004 dalam pasaran Amerika Syarikat.
Masalah yang dihadapi Kia semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1997 menyebabkan ekonomi Kore Selatan juga terheret sama. Hal ini menyebabkannya ia dibeli oleh Hyundai Motor Company pada tahun 1998.
Oleh kerana banyak pencapaian yang dicapai oleh Kia selepas Hyundai mengambil alihnya, jualan Kia telah berkembang dengan drastik sekal di antara tahun 1998-2005. Pada 6 Spetember 2005, Kia mengumumkan bahawa ia akan membina kilangnya yang baru di Mississippi, AS untuk mengatasi permintaanya dalam pasaran Amerika, yang sedang meningkat. Adalah dijangkakan b`hawa lebih kurang 290,000 buah kenderaan akan terjual pada tahun 2005 di Amerika Syarikat.

0 komentar:

Posting Komentar