network

Games Topic

Popular Games

Random Games

Translate

Followers

Selasa, 18 Desember 2012

About Maherzain

Maher Zain (lahir pada16 Mac 1981) adalah seorang penyanyi Sweden dan penerbit muzik yang berasal dari Lubnan. Album pertamanya Thank You Allah dari 13 lagu dan dua lagu bonus dirakamkan pada 1 November, 2009. Muziknya video beliau di laman Youtube telah mengumpul lebih dari 5 juta hit.

Biografi:

Kehidupan awal

Maher Zain lahir pada 1981 di Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweden ketika Maher hanya lapan tahun, di mana dia melanjutkan persekolahnya. Maher mendapat keyboard pertama ketika dia hanya sepuluh tahun. Dia kemudiannya memasuki universiti dan mendapat gelaran sarjana muda dalam Aeronautical Engineering. Ketika masa remajanya, dia selalu menghabiskan masa disekolahnya dengan rakan-rakan di mana mereka akan bernyanyi, ber-rap, menulis dan bereksperimen dengan muzik dalam segala hal.

Kerjaya

Setelah terlibat untuk sementara di scene muzik sebagai penerbit muzik [2], Maher diperkenalkan ke RedOne, seorang penerbit muzik di dunia muzik di Sweden yang berketurunan Moroco. Maher mula bekerja dengan RedOne [2] dan kemudian berpindah ke New York. Pada bulan Januari 2009, Maher Zain mula mencipta lagu dan membuat album dan ditandatangani dengan Awakening Records. Maher mendapat inspirasi tentang muzik dari ayahnya, yang merupakan penyanyi ,yang bernyanyi di bandar Mediterranean Tripoli, Lubnan.
Maher telah membuat konsert percuma di Bahrain, [3] [4] dan juga di konsert Spring di Universiti Amerika di Kaherah, Mesir.

Penghargaan & Anugerah

Lagu Agama Terbaik untuk tahun 2009 daripada Nujoom FM (stesen radio muzik terbesar di Mesir) untuk 'Ya Nabi Salam Alayka'
Pada 14 September 2011, Maher Zain diumumkan sebagai salah seorang calon untuk Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM) bagi kategori "Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara", untuk lagunya "Insha Allah (Malaysia)"

Info:wikipedia malaysia


 

0 komentar:

Posting Komentar